Selasa, 9 Jun 2020

BAHASA INGGERIS

Aktiviti PDP atas talian[offline pada 9 Jun 2020
Assalamu'alaikum & salam sejahtera.

Subjek: Bahasa Inggeris

Topik: Get dressed - I like this/these __. I don't like this/these __.

1. Kita imbas kembali pelajaran yang lepas iaitu penggunaan 'this' dan 'these' dalam ayat. Kedua-dua2 perkataan ini membawa maksud yang sama iaitu 'ini'.

2. 'This' digunakan untuk benda yang bilangannya tidak lebih dari 1 (singular noun). 'These' untuk benda yang bilangannya lebih dari satu (plural noun).

3. Bagi unit 7: get dressed, terdapat pakaian yang bilangannya 1 tetapi dikira sebagai plural noun dalam kamus. Contohnya: jeans - satu sahaja seluar jeans. Tetapi bila dibina ayat, kita menggunakan perkataan 'these' kerana seluar jeans dipakai untuk 2 kaki (lebih dari satu kaki). Tonton semula video untuk lebih jelas.

https://m.youtube.com/watch?v=uIWjMe2qFuQ

4. Hari ini kita akan belajar 2 struktur ayat iaitu:
- I like this/these __. (Saya suka ini __.)

dan

- I don't like this /these __. (Saya tidak suka ini __.)

5. Oleh itu, murid dikehendaki rujuk kepada gambar pakaian (clothes) yang dilampirkan.

Seterusnya, bina ayat menggunakan struktur ayat yang telah dinyatakan di nombor 4.

Jika murid suka pakaian itu gunakan struktur ayat pertama iaitu (I like this/these __.

Jika murid tidak menyukai pakaian tersebut, gunakan (I don't like this/these __.

6. Ingatkan kepada murid pilih sama ada menggunakan 'this' / 'these' berdasarkan gambar pakaian.

Contoh: Saya suka ini seluar jeans. Tadi sudah diterangkan jeans walaupun satu seluar tapi dua kaki kita yang menggunakannya jadi dikira sebagai 'plural noun'. Oleh itu, gunakan 'these'. Ayat yang sesuai ialah:
👉🏻 I like these jeans.

7. Hantar jawapan kepada saya seperti biasa.

😊 selamat belajar







Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SAINS

AKTIVITI PDPPJJ ATAS TALIAN [OFFLINE] PADA 9 JULAI 2020-KHAMIS